Sunday, October 27, 2019

CERITA RAKYAT KOKOBUAN



Sudah menjadi kemestian bagi setiap kewujudan sesebuah tempat seiring dengan cerita-cerita rakyat yang pelbagai meliputi tempat tinggal, masyarakat, alam sekitar dan juga kegiatan sosial masyarakat setempat. Salah sebuah cerita rakyat yang menjadi lagenda epic bagi penduduk Kampung Rungus Nahaba, Tamparuli, Sabah ialah Lagenda Kokobuan. Menurut portal rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menerusi Kamus Dewan Pelajar edisi ke-2 mendefiniskan bahawa cerita rakyat sebagai cerita rekaan dr zaman dahulu yg disukai ramai dalam sesuatu kelompok masyarakat yang mana ianya masih diceritakan atau diperdengarkan dan diturunkan drpd satu generasi kpd generasi lain secara lisan. Tersebutlah kisah rakyat Kokobuan yang telah menjadi halwa telinga masyarakat di Kampung Rungus Nahaba, Tamparuli, Sabah yang menggelarkan tumbuhan tersebut sebagai Bunga Kobu. Ianya merupakan simbolik kepada penduduk kampung tersebut khususnya kegiatan eko pelancongan yang berasaskan komuniti yang telah dibangunkan bagi memperkenalkan keindahan alam semula jadi kepada para pengunjung yang menggemari aktiviti lasak mendaki puncak Kokobuan.

Penceritaan lagenda kokobuan secara turun temurun disampaikan oleh nenek moyang kepada generasi ini menjadi satu kemestian dalam menyelusuri pembangunan pusat eko pelancongan dan Kokobuan Trig Hill. Menurut informan yang merupakan penduduk asal Kampung Rungus Nahaba, Tamparuli iaitu Albert Sukup (64 tahun), Michael (56 tahun) dan Joseph Kutin (61 tahun) yang merupakan ketua Kampung Rungus Nahaba menjelaskan bahawa istilah kokobuan pada asalnya ialah dominasi sebatang tumbuhan yang bermaksud kewujudan pokok Kobu yang kerap dijumpai sepanjang jalan oleh komuniti Kampung Rungus Nahaba, Tamparuli, Sabah.

Dahulunya, penduduk kampung tersebut menggunakan laluan perhubungan pintas ke Tamparuli menuju ke Tuaran sepanjang laluan untuk mencari barangan keperluan harian (makanan) dan juga meraih pendapatan hasil daripadda jualan rotan di tamu Tuaran. Koko bermaksud banyak dan kobu merupakan nama sebenar pokok tersebut yang disingkatkan kepada Kokobuan iaitu sejenis tumbuhan semula jadi yang tidak boleh dimakan yang mirip seolah-olah pokok keladi dengan ketinggian 8 meter bersamaan ketinggian normal manusia. Ciri fizikal kokobuan yang berdahan lembut dan daunnya semirip daun keladi. Keluasan tumbuhan kokobuan di sekitar hutan Kokobuan Trighill & Eco Tourism adalah 2 ekar. Menurut kepercayaan masyarakat sekitar, kokobuan diertikan sebagai Kewujudan pokok kobu yang sentiasa ada seperti semangat komuniti Kampung Rungus Nahaba yang sentiasa ada untuk berkhidmat dalam memberikan sokongan yang padu mempromosikan pusat eko pelancongan dan Kokobuan Trig Hill. Menjadi suatu keunikan apabila Daun Kobu dijadikan bungkusan makanan, penghidang makanan, atap rumah, hiasan di meja makan, payung semasa hujan dan alat pelapis yang menyimpan padi yang telah dituai (Daun kobu ditindan bersama-sama buluh).
Komuniti disini menggunakan daun kokobuan untuk dijadikan sebagai atap rumah yang disusun rapi dan dianyam menggunakan batang kokobuan. Daunnya juga digunakan sebagai bungkusan makanan seperti nasi dan juga tapai. Batang Kobu dihiris untuk dijadikan sebagai benang sebelum menjahit atap rumah. Tumbuhan tersebut dipercayai mampu merawat dan menyembuhkan mata yang sakit dengan kaedah menggulungkan daun kokobuan yang mempunyai takungan air dan disalirkan ke mata yang sakit. Istilah Kokobuan dijadikan sebagai nama pusat pelancongan secara rasminya pada Mac tahun 2019. Telah menjadi kebiasaan masyarakat dahulu menamakan sesebuah tempat bersandarkan sifat dominasi alam sekitar yang terdapat di sekeliling khususnya Pusat eko pelancongan dan Kokobuan Trig Hill, Tamparuli, Sabah.
Khasiat kokobuan yang telah diketahui oleh penduduk membuatkan mereka turut menanam tumbuhan tersebut daripada benihnya yang sukar diterokai disebabkan oleh pembiakannya secara semula jadi. Sifat pembiakan tumbuhan kokobuan yang lebih mendominasi di sekitar hutan yang menuju ke puncak kokobuan. Bermusim (1 kali setahun) dan membiak secara akar dalaman, dicantas ataupun proses spora pada bulan September hingga November. Oleh itu, nama pusat eko pelancongan “Kokobuan trig hill & Eco Tourism” diambil bersempena pembiakan pokok kokobuan yang banyak membiak secara semula jadi di sekitar hutan menuju ke puncak kokobuan yang telah mendapat kesepakatan dan persetujuan penduduk di Kampung Rungus Nahaba, Tamparuli, Sabah.
       
        Secara keseluruhannya, dapatlah disimpulkan bahawa cerita rakyat Kokobuan telah menjadi sebahagian daripada komuniti Kampung Rungus Nahaba, Tamparuli kerana nama Kokobuan diberikan sempena pembinaan kawasan Eko pelancongan. Sudah semestinya, cerita rakyat ini akan sering diingati oleh penduduk setempat dan juga pelancong-pelancong yang melawat ke tempat tersebut. Asal usul sesuatu cerita rakyat menjadi tonggak utama kepada penduduk yang mendiami di sesebuah kawasan khususnya cerita rakyat Kokobuan yang berkait rapat dengan masyarakat Kampung Rungus Nahaba, Tamparuli, Sabah


2 comments: