Sudah menjadi kemestian bagi setiap
kewujudan sesebuah tempat seiring dengan cerita-cerita rakyat yang pelbagai
meliputi tempat tinggal, masyarakat, alam sekitar dan juga kegiatan sosial
masyarakat setempat. Salah sebuah cerita rakyat yang menjadi lagenda epic bagi
penduduk Kampung Rungus Nahaba, Tamparuli, Sabah ialah Lagenda Kokobuan.
Menurut portal rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menerusi Kamus Dewan
Pelajar edisi ke-2 mendefiniskan bahawa cerita rakyat sebagai cerita rekaan dr
zaman dahulu yg disukai ramai dalam sesuatu kelompok masyarakat yang mana ianya
masih diceritakan atau diperdengarkan dan diturunkan drpd satu generasi kpd
generasi lain secara lisan. Tersebutlah kisah rakyat Kokobuan yang telah
menjadi halwa telinga masyarakat di Kampung Rungus Nahaba, Tamparuli, Sabah
yang menggelarkan tumbuhan tersebut sebagai Bunga
Kobu. Ianya merupakan simbolik kepada penduduk kampung tersebut khususnya
kegiatan eko pelancongan yang berasaskan komuniti yang telah dibangunkan bagi
memperkenalkan keindahan alam semula jadi kepada para pengunjung yang
menggemari aktiviti lasak mendaki puncak Kokobuan.
Penceritaan lagenda kokobuan secara
turun temurun disampaikan oleh nenek moyang kepada generasi ini menjadi satu
kemestian dalam menyelusuri pembangunan pusat eko pelancongan dan Kokobuan Trig
Hill. Menurut informan yang merupakan penduduk asal Kampung Rungus Nahaba,
Tamparuli iaitu Albert Sukup (64 tahun), Michael (56 tahun) dan Joseph Kutin (61
tahun) yang merupakan ketua Kampung Rungus Nahaba menjelaskan bahawa istilah
kokobuan pada asalnya ialah dominasi sebatang tumbuhan yang bermaksud kewujudan
pokok Kobu yang kerap dijumpai sepanjang jalan oleh komuniti Kampung Rungus
Nahaba, Tamparuli, Sabah.
Dahulunya, penduduk kampung
tersebut menggunakan laluan perhubungan pintas ke Tamparuli menuju ke Tuaran
sepanjang laluan untuk mencari barangan keperluan harian (makanan) dan juga
meraih pendapatan hasil daripadda jualan rotan di tamu Tuaran. Koko bermaksud banyak dan kobu merupakan nama sebenar pokok
tersebut yang disingkatkan kepada Kokobuan
iaitu sejenis tumbuhan semula jadi yang tidak boleh dimakan yang mirip
seolah-olah pokok keladi dengan ketinggian 8 meter bersamaan ketinggian normal
manusia. Ciri fizikal kokobuan yang berdahan lembut dan daunnya semirip daun
keladi. Keluasan tumbuhan kokobuan
di sekitar hutan Kokobuan Trighill & Eco Tourism adalah 2 ekar. Menurut
kepercayaan masyarakat sekitar, kokobuan diertikan sebagai Kewujudan pokok kobu
yang sentiasa ada seperti semangat komuniti Kampung Rungus Nahaba yang sentiasa
ada untuk berkhidmat dalam memberikan sokongan yang padu mempromosikan pusat
eko pelancongan dan Kokobuan Trig Hill. Menjadi suatu keunikan apabila Daun
Kobu dijadikan bungkusan makanan, penghidang makanan, atap rumah, hiasan di
meja makan, payung semasa hujan dan alat pelapis yang menyimpan padi yang telah
dituai (Daun kobu ditindan bersama-sama buluh).
Komuniti disini menggunakan
daun kokobuan untuk dijadikan sebagai atap rumah yang disusun rapi dan dianyam
menggunakan batang kokobuan. Daunnya juga digunakan sebagai bungkusan makanan
seperti nasi dan juga tapai. Batang Kobu dihiris untuk dijadikan sebagai benang
sebelum menjahit atap rumah. Tumbuhan tersebut dipercayai mampu merawat dan
menyembuhkan mata yang sakit dengan kaedah menggulungkan daun kokobuan yang
mempunyai takungan air dan disalirkan ke mata yang sakit. Istilah Kokobuan dijadikan
sebagai nama pusat pelancongan secara rasminya pada Mac tahun 2019. Telah
menjadi kebiasaan masyarakat dahulu menamakan sesebuah tempat bersandarkan
sifat dominasi alam sekitar yang terdapat di sekeliling khususnya Pusat eko
pelancongan dan Kokobuan Trig Hill, Tamparuli, Sabah.
Khasiat kokobuan yang telah
diketahui oleh penduduk membuatkan mereka turut menanam tumbuhan tersebut
daripada benihnya yang sukar diterokai disebabkan oleh pembiakannya secara
semula jadi. Sifat pembiakan tumbuhan kokobuan yang lebih mendominasi di
sekitar hutan yang menuju ke puncak kokobuan. Bermusim (1 kali setahun) dan
membiak secara akar dalaman, dicantas ataupun proses spora pada bulan September
hingga November. Oleh itu, nama pusat eko pelancongan “Kokobuan trig hill &
Eco Tourism” diambil bersempena pembiakan pokok kokobuan yang banyak membiak
secara semula jadi di sekitar hutan menuju ke puncak kokobuan yang telah
mendapat kesepakatan dan persetujuan penduduk di Kampung Rungus Nahaba,
Tamparuli, Sabah.
Secara keseluruhannya, dapatlah
disimpulkan bahawa cerita rakyat Kokobuan telah menjadi sebahagian daripada
komuniti Kampung Rungus Nahaba, Tamparuli kerana nama Kokobuan diberikan
sempena pembinaan kawasan Eko pelancongan. Sudah semestinya, cerita rakyat ini
akan sering diingati oleh penduduk setempat dan juga pelancong-pelancong yang
melawat ke tempat tersebut. Asal usul sesuatu cerita rakyat menjadi tonggak
utama kepada penduduk yang mendiami di sesebuah kawasan khususnya cerita rakyat
Kokobuan yang berkait rapat dengan masyarakat Kampung Rungus Nahaba, Tamparuli,
Sabah