Wednesday, November 13, 2019

Sunday, October 27, 2019

CERITA RAKYAT KOKOBUAN



Sudah menjadi kemestian bagi setiap kewujudan sesebuah tempat seiring dengan cerita-cerita rakyat yang pelbagai meliputi tempat tinggal, masyarakat, alam sekitar dan juga kegiatan sosial masyarakat setempat. Salah sebuah cerita rakyat yang menjadi lagenda epic bagi penduduk Kampung Rungus Nahaba, Tamparuli, Sabah ialah Lagenda Kokobuan. Menurut portal rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menerusi Kamus Dewan Pelajar edisi ke-2 mendefiniskan bahawa cerita rakyat sebagai cerita rekaan dr zaman dahulu yg disukai ramai dalam sesuatu kelompok masyarakat yang mana ianya masih diceritakan atau diperdengarkan dan diturunkan drpd satu generasi kpd generasi lain secara lisan. Tersebutlah kisah rakyat Kokobuan yang telah menjadi halwa telinga masyarakat di Kampung Rungus Nahaba, Tamparuli, Sabah yang menggelarkan tumbuhan tersebut sebagai Bunga Kobu. Ianya merupakan simbolik kepada penduduk kampung tersebut khususnya kegiatan eko pelancongan yang berasaskan komuniti yang telah dibangunkan bagi memperkenalkan keindahan alam semula jadi kepada para pengunjung yang menggemari aktiviti lasak mendaki puncak Kokobuan.

Penceritaan lagenda kokobuan secara turun temurun disampaikan oleh nenek moyang kepada generasi ini menjadi satu kemestian dalam menyelusuri pembangunan pusat eko pelancongan dan Kokobuan Trig Hill. Menurut informan yang merupakan penduduk asal Kampung Rungus Nahaba, Tamparuli iaitu Albert Sukup (64 tahun), Michael (56 tahun) dan Joseph Kutin (61 tahun) yang merupakan ketua Kampung Rungus Nahaba menjelaskan bahawa istilah kokobuan pada asalnya ialah dominasi sebatang tumbuhan yang bermaksud kewujudan pokok Kobu yang kerap dijumpai sepanjang jalan oleh komuniti Kampung Rungus Nahaba, Tamparuli, Sabah.

Dahulunya, penduduk kampung tersebut menggunakan laluan perhubungan pintas ke Tamparuli menuju ke Tuaran sepanjang laluan untuk mencari barangan keperluan harian (makanan) dan juga meraih pendapatan hasil daripadda jualan rotan di tamu Tuaran. Koko bermaksud banyak dan kobu merupakan nama sebenar pokok tersebut yang disingkatkan kepada Kokobuan iaitu sejenis tumbuhan semula jadi yang tidak boleh dimakan yang mirip seolah-olah pokok keladi dengan ketinggian 8 meter bersamaan ketinggian normal manusia. Ciri fizikal kokobuan yang berdahan lembut dan daunnya semirip daun keladi. Keluasan tumbuhan kokobuan di sekitar hutan Kokobuan Trighill & Eco Tourism adalah 2 ekar. Menurut kepercayaan masyarakat sekitar, kokobuan diertikan sebagai Kewujudan pokok kobu yang sentiasa ada seperti semangat komuniti Kampung Rungus Nahaba yang sentiasa ada untuk berkhidmat dalam memberikan sokongan yang padu mempromosikan pusat eko pelancongan dan Kokobuan Trig Hill. Menjadi suatu keunikan apabila Daun Kobu dijadikan bungkusan makanan, penghidang makanan, atap rumah, hiasan di meja makan, payung semasa hujan dan alat pelapis yang menyimpan padi yang telah dituai (Daun kobu ditindan bersama-sama buluh).
Komuniti disini menggunakan daun kokobuan untuk dijadikan sebagai atap rumah yang disusun rapi dan dianyam menggunakan batang kokobuan. Daunnya juga digunakan sebagai bungkusan makanan seperti nasi dan juga tapai. Batang Kobu dihiris untuk dijadikan sebagai benang sebelum menjahit atap rumah. Tumbuhan tersebut dipercayai mampu merawat dan menyembuhkan mata yang sakit dengan kaedah menggulungkan daun kokobuan yang mempunyai takungan air dan disalirkan ke mata yang sakit. Istilah Kokobuan dijadikan sebagai nama pusat pelancongan secara rasminya pada Mac tahun 2019. Telah menjadi kebiasaan masyarakat dahulu menamakan sesebuah tempat bersandarkan sifat dominasi alam sekitar yang terdapat di sekeliling khususnya Pusat eko pelancongan dan Kokobuan Trig Hill, Tamparuli, Sabah.
Khasiat kokobuan yang telah diketahui oleh penduduk membuatkan mereka turut menanam tumbuhan tersebut daripada benihnya yang sukar diterokai disebabkan oleh pembiakannya secara semula jadi. Sifat pembiakan tumbuhan kokobuan yang lebih mendominasi di sekitar hutan yang menuju ke puncak kokobuan. Bermusim (1 kali setahun) dan membiak secara akar dalaman, dicantas ataupun proses spora pada bulan September hingga November. Oleh itu, nama pusat eko pelancongan “Kokobuan trig hill & Eco Tourism” diambil bersempena pembiakan pokok kokobuan yang banyak membiak secara semula jadi di sekitar hutan menuju ke puncak kokobuan yang telah mendapat kesepakatan dan persetujuan penduduk di Kampung Rungus Nahaba, Tamparuli, Sabah.
       
        Secara keseluruhannya, dapatlah disimpulkan bahawa cerita rakyat Kokobuan telah menjadi sebahagian daripada komuniti Kampung Rungus Nahaba, Tamparuli kerana nama Kokobuan diberikan sempena pembinaan kawasan Eko pelancongan. Sudah semestinya, cerita rakyat ini akan sering diingati oleh penduduk setempat dan juga pelancong-pelancong yang melawat ke tempat tersebut. Asal usul sesuatu cerita rakyat menjadi tonggak utama kepada penduduk yang mendiami di sesebuah kawasan khususnya cerita rakyat Kokobuan yang berkait rapat dengan masyarakat Kampung Rungus Nahaba, Tamparuli, Sabah


Saturday, October 19, 2019

KOKOBUAN TRIG HILL & ECO TOURISM


Kampung Rungus Nahaba, Tamparuli, Sabah turut tidak melepaskan peluang dalam menceburi bidang ekopelancongan berasaskan komuniti iaitu Kokobuan Trig Hill & Eco Tourism. Destinasi yang sering ditawan oleh pelancong luar khususnya dalam sukan lasak iaitu Puncak Kokobuan dengan ketinggian 1317 kaki dari aras permukaan laut menjadi suatu pengalaman yang sangat bernilai dan berbaloi dengan penat lelah semasa ekspedisi mendaki ke puncak. Kokobuan Trig Hill & Ecotourism disenarai pendek dalam “The Best of 12 things to do in Sabah Tourism” dalam masa 3 bulan beroperasi. KK-Kokobuan Trig Hill (54 km 1 jam 11 minit). 


Bas dan Van UMS berhenti seketika di Bataras Hypermarket
Tamparuli.

Perjalanan bermula dari simpang masuk yang berjarak 10 km bersamaan 20 hingga 30 minit meliputi 3 fasa perjalanan iaitu 4km pertama melalui jalan berturap, 3.5 km yang jalan agak berbatu dan 2.5 km jalan yang berturap sampai ke destinasi.



Tumpuan bergambar yang tidak akan akan dilepaskan oleh pengunjung😍seolah-olah diawan-awangan💨

Sepanjang saya dan rakan-rakan menjalankan kerja lapangan disini selama 4 hari 3 malam pada 23-26 Oktober 2019, sememangnya kawasan eko-pelancongan berasaskan komuniti di Kampung Rungus Nahaba mempunyai daya tarikan semula jadi yang tinggi untuk dipromosikan. Antaranya, Jungle Trekking, Kampung Life, Bird Watching, Camping dan Heritage trail. Potensi Jungle trekking dan mendaki ke Puncak Kokobuan merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan khususnya keindahan dan kenikmatan alam semula jadi seperti Togop Waterfall (2 km) Dongkulas Waterfall (3.5km) ke Dalamas (2.5 km) ke Papuahan Sarang Lebah.

Pemandangan sekitar Kampung Rungus Nahaba, Tamparuli yang diambil dalam setting Panorama

Mentari diwaktu pagi,  Gunung Kinabalu menyinari hari

Dewan Serbaguna Kokobuan Trig Hill dikelilingi oleh tanaman buah nenas yang manis melazatkan.

Manusia dan Alam adalah satu yang saling bergantung dan memanfaatkan, aisehh.

Khemah yang dibangunkan di sekitar tapak yang disediakan
Walaubagaimana pun, penglibatan komuniti Kampung Rungus Nahaba, Tamparuli dalam sektor eko pelancongan iaitu Kokobuan Trig Hill & Eco Tourism sangat membantu dalam kegiatan penyewaan kemudahan asas seperti tapak penginapan khemah, perkhidmatan pengangkutan 4WDrive ke tapak eko pelancongan, kegiatan peruncitan kecil-kecilan, malim bukit (tour guide), pakej pendakian sama ada 2 km sehingga Air terjun  atau 11 km ke puncak kokobuan, kemudahan PA sistem, Homestay, gereja, tandas dan bilik mandi, dewan makan dan ruang dapur untuk memasak. 



Kepada pengunjung yang x shabar2 mau ke Kokobuan tu
pastikan kenderaan sedemikian atau van yang dipandu

 Homestay ala2 Kampung Style
Penggunaan kereta pacuan 4 roda a.k.a 4WDrive sagat sesuai untuk menempuh jalan yang tidak berturap. Jika teringin merasai Roller Coaster di kawasan kampung bolehlah cuba😂





Tandas dan bilik mandi ni memang padu
sAjuknya air dari bukit ni boleh x tidur malam😓
Rumah yang kami duduki selama 4 hari 5 malam sudah pasti menjadi tempat modop dan ruang solat bagi yang muslim. Mungkin satu hari bila kawasan KTHET ni viral confirm serba mencukupi kelengkapan dan tak payah ber "aircond" bagai. Rasai kesAjukan semulajadi dengan suhu 14 darjah celcius. Nah! membeku😬

Actually, kemudahan yang dibina sendiri atas inisiatif penduduk setempat dilengkapi dengan 2 buah tandas untuk "melabur" dan 2 buah mandi untuk membersihkan bau-bau yang kurang menyenangkan di badan😞. So, selepas "melabur" tu jgn lupa kasi flush bersih-bersih supaya nda ditinguk orang.😬
Peringatan! pandai membuang pandai juga kamurang kasi bersih kio...




Disarankan untuk membeli kudapan terlebih dahulu,
kalau nda menyesal kamu berlapar😕
Kepada pengunjung yang terlupa beli kudapan siap-siap. Jangan risau, penduduk di sini juga beberapa makanan ringan dan  minuman yang boleh tahan berbaloi harganya. Disediakan juga water heater untuk membancuh air 3 in 1 dan juga Maggie Cup...



Gereja Chapel St.Bede disediakan
untuk penganut agama Krisitian

Carta Organisasi Pusat Kokobuan Trig Hill & Eco Tourism

Penduduk juga turut terlibat dalam sektor perniagaan secara tidak langsung yang bersumberkan hasil tanaman nenas, serai dan labu yang membantu meningkatkan kualiti hidup dan juga punca pendapatan keluarga mereka.



Dr.Gaim memnuhkan masa lapangnya
dengan memetik buah nenas😄



Nenas yang ditanam di lereng bukit di belakang 
Dewan Serbaguna KTHET
Gotong Royong memasak di Dapur terbuka
Buah Labu untuk dimasak lemak cili api










Sudah pasti aktiviti hiking  yang anda tidak sabar-sabar mau lihat. Yuk kita jelajah secara maya. Yuran yang dikenakan adalah sebanyak RM 35.00 setiap seorang. Sebelum tu mari review jarak pendakian dan pengalamannya dulu.

Pakej A/2 kilometer = Stesen Kokobuan dan Gunaru Pool atau Liidon dan balik mengambil masa selama 2 Jam termasuk mandi sungai. 
Pakej B/3.5 kilometer= Station Kokobuan, Gunaru Pool, Wasai Dongkulas dan balik mengambil masa selama 3 jam termasuk mandi di Dongkulas. 
Pakej C/4 kilometer= Station Kokobuan, Gunaru Pool,  Dalamas dan balik mengambil masa selama 3 jam termasuk mandi di Gunaru Pool. 
Pakej D/9 kilometer = Station Kokobuan, Gunaru Pool, Dalamas, Puncak Kokobuan dan ikut Jalan Moingob mengambil masa selama 5 ke 7 jam termasuk mandi di Liidon. 

Pakej E/11 kilometer= Full Trail mengambil masa selama 6 ke 8 jam. 


Taklimat awal  pagi berkaitan perjalanan bagi kumpulan yang mendaki sejauh 11 km ke Puncak Kokobuan

*Anda akan dipantau dan dibantu oleh malim bukit (tour guide) yang terlatih dan diiktiraf. 5  orang  peendaki dipantau oleh 1 orang malim. So anda jangan risau dari segi keselamatan insya allah terjamin😏
Sesi pendaftaran peserta ekspedisi 
mendaki Puncak Kokobuan 11 km
Sesi berdoa memohon kesejahteraan pergi mendaki dan pulang dengan selamat.


Sesi bergambar para peserta ekspedisi mendaki ke Puncak Kokobuan melalui 11 km trail

Para peserta bersedia untuk  memulakan ekspedisi pendakian ke Puncak Kokobuan di Starting point.
Peta perjalanan ekspedisi pendakian ke Puncak Kokobuan
yang menempuhi 17 stesen.
Papan alu-aluan kedatangan pendaki 
Stesen Permulaan Pendakian








View yang cantik dengan Mood yang cantik untuk memulakan ekspedisi mendaki ke Puncak Kokobuan (11 km) atau Togop Waterfall (2km)



Kumpulan trip ke-3 bagi pendakian sejauh 2 km hingga ke Togop Waterfall
Semasa menempuh perjalanan 2km
Semasa menempuh perjalanan 11 km



Quotes of the trill
Stesen 1 Kobu Garden

Kobu a.k.a Kokobuan Garden
menyimpan sejarah nama pusat

eko pelancongan Kokobuan Trig Hill. Pokok kobu yang meempunya sifat fizikal yang hampr mirip seperti pokok keladi. Mau tau review pasal Cerita Rakyat Kokobuan, boleh baca di pautan yang disediakan.


Mandi-manda di Kolam Air Terjun Togop
 Kedalaman kolam sekitar 10 kaki. So yang cumil2 ikan gelama ketinggiannya disarankan mandi di siring-siring batu melainkan pandai berenang seperti ikan puyu💦



Pergh! mmg siuk nda terkata selepas mandi. Tiba masa untuk kami pulang ke pangkal jalan. Cabaran nak mendaki naik tu terasa bagai mandi hujan bermandi peluh,😰  Lereng bukit yang curam seperti dalam gambar bawah ni.


💤Pendakian demi pendakian untuk sampai ke stesen penamat ditemani  oleh seekor anjing terlatih yang diberi nama Dexter sungguh prihatin dengan pendaki-pendaki yang masih kepenatan dengan menunjukkan arah.


Akhirnya! ku tiba dengan selamat😜

Kasi Salute perabis ni sama kawan2 yang berjaya mendaki Puncak Kokobuan sejauh 11 km

Tahniah kamu, meskipun Jauh jarak mendaki namun dekat dihati💕sehh

💃Sijil penyertaan ekspedisi pendakian Kokobuan Trig Hill💥

Foto kenang-kenangan sepanjang berada di Kokobuan Trig Hill & Eco Tourism
Foto Ahli Kumpulan 4 bersama-sama Dr.Gaim di Garisan Penamat Pendakian 2km




Sesedap masakan , Sedap lagi mata memandang tukang masak..hihi😚










SEKIAN, TERIMA KASIH😎